BAGAIMANA NAK WUJUDNYA RASA KASIH SAYANG KEPADA RASULLULLAH SAW
BAGAIMANA
NAK WUJUDNYA RASA KASIH SAYANG KEPADA RASULLULLAH SAW
"Sabda Nabi
SAW menyatakan bahawa “belum sempurna iman kalian, sehingga aku lebih
dicintainya, dari ayah ibunya, dan anaknya, dan seluruh manusia” (sahih
bukhari)"
Mungkin
ramai diantara kita pernah mendengar tentang hadith diatas, namun dari akal
pemikiran dan jiwa kita yang lemah, perkara itu sebenarnya berat bagi kita untuk
menzahirkan kedalam perbuatan kita. Bagaimana untuk kita meletakkan kasih sayang kita kepada Baginda Nabi
SAW melebihi dari kasih sayang kita kepada ayah ibu, anak-anak kita, bahkan
kepada seluruh manusia.
Kita
sebagai manusia yang lemah sentiasa perlukan satu jawapan yang kukuh mengikut
logika akal kita yang lemah bagaimana kita perlu lebihkan kasih sayang kita
kepada Baginda Nabi SAW melebihi segala-galanya.
Mungkin
kisah antara Saidina Umar al khattab dan Rasullulah SAW dapat memberikan kita
jawapan.
‘Satu hari
Baginda Nabi SAW bertanya kepada Saidina Umar al khattab ‘Wahai Umar, adakah
aku lebih kau cintai daripada harta-hartamu?
Saidina
Umar al khattab menjawab “benar ya Rasullullah, engkau lebih ku cintai daripada
harta-hartaku.
Baginda
Nabi SAW bertanya kepada Saidina Umar al khattab ‘Wahai Umar, adakah aku lebih
kau cintai daripada isteri dan anak-anakmu?
Saidina
Umar al khattab menjawab “benar ya Rasullullah, engkau lebih ku cintai daripada
isteri dan anak-anakku.
Baginda Nabi SAW bertanya kepada Saidina Umar al khattab ‘Wahai Umar, adakah aku lebih kau cintai daripada ayah dan ibu mu?
Saidina Umar al khattab menjawab “benar ya Rasullullah, engkau lebih ku cintai daripada ayah dan ibuku.
Baginda
Nabi SAW bertanya kepada Saidina Umar al khattab ‘Wahai Umar, adakah aku lebih
kau cintai daripada dirimu sendiri?
Saidina
Umar al khattab menjawab “Ya Rasullullah, aku lebih mencintai diriku melebihi
dirimu.
Baginda
Nabi SAW berkata kepada Saidina Umar al khattab ‘Wahai Umar, belum sempurna
lagi imanmu.”
Kemudian Saidina
Umar pegi duduk di suatu tempat, dan kemudiannya kembali kepada Baginda Nabi
SAW dan berkata “Ya Rasullullah, Engkau lebih ku cintai lebih daripada diriku”
Baginda
Nabi SAW berkata kepada Saidina Umar al khattab ‘Wahai Umar, telah sempurna
imanmu.”
Kisah
tersebut menjadi mashur dan diceritakan kepada anak-anak Saidina Umar, lalu
bertanyalah salah seorang anak Saidina Umar, wahai ayah, kenapa dalam seketika
engkau berkata dirimu lebih kau cintai dari Rasullullah, kemudian setelah dari
itu engkau menyatakan bahawa diri rasullullah lebih engkau cintai dari dirimu
sendiri.
Saidina
umar menjawab “wahai anakku, pada ketika aku menjawab bahawa diriku lebih ku
cintai dari diri Rasullullah, bilamana aku hanya terfikirkan tentang kehidupan
di dunia ini saja, namun setelah aku
berfikir tentang kehidupan di akhirat bahawa aku lebih mengharapkan syafaat
Baginda Nabi SAW bilamana ketika aku di titian sirat/ padang masyhar maka aku sedar
bahawa aku lebih memerlukan Baginda Nabi SAW, lebih dari Baginda Nabi SAW memerlukan
daku, maka oleh sebab itu aku menyatakan bahawa aku mencintainya lebih dari
diriku sendiri.
Comments
Post a Comment