KEBERKATAN BAGINDA NABI SAW
Kita selalu
dengar ustaz-ustaz selalu sebut tentang berkat ataupun keberkatan, dan yang
selalu kita sebagai orang biasa paham pun
adalah “benda sikit tetapi cukup”. Itu yang yang selalunya yang kita faham. Semoga kisah dibawah dapat member kita
kefahaman sebenar tentang perkara yang dikatakan berkat itu dan semoga bertambah
kecintaan kita kepada Baginda Nabi SAW dapat dikongsi bersama rakan-rakan
semua.
Halimah ibu
susuan baginda Nabi saw pernah menceritakan tentang “bahawa pada ketika musim
kemarau, tidak banyak harta kami yang tinggal, maka aku pergi bersama
rombonganku untuk ke mekah sambil menaiki keldai betina berwarna putih milik
kami dan seekor unta tua yang tidak boleh diambil susunya lagi walaupun
setitis. Sepanjang malam, kami tidak pernah tidur dengan nyenyak kerana kami
harus menidurkan bayi kami yang menangis kerana kelaparan. Air susu ku juga
tidak boleh diharapkan. Walaupun demikian, kami tetap mengharapkan adanya
bantuan dan jalan keluar. Aku pun pergi sambil menunggang keldai betina milik
kami yang hampir kami tidak pernah turun dari belakangnya sehingga keldai itu
semakin lemah keadaannya. Akhirnya, kami serombongan tiba di makkah dan kami
terus mencari bayi yang boleh kami susui.
Setiap perempuan
dari rombongan kami yang ditawarkan untuk mengambil baginda Nabi SAW sebagai
anak susuan pasti ditolaknya setelah dikhabarkan bahawa baginda Nabi SAW adalah
anak yatim. Perkara ini tidak menghairankan setiap rombongan yang datang untuk
mencari anak untuk disusui kerana kami mengharapkan bayaran yang cukup memadai
dari bapa bayi yang hendak kami susui. Kami semua berkata “dia anak yatim”. Maka
ibu dan datuk baginda Nabi SAW tidak mempunyai pilihan kerana kami tidak
menyukai keadaan itu.
Masa terus
berjalan, dan setiap perempuan dari rombongan kami sudah mendapat bayi yang
hendak disusuinya kecuali aku sendiri. Ketika kami sudah bersiap sedia untuk
kembali, aku berkata kepada suamiku , “demi Allah, aku tidak ingin kembali
bersama teman-temanku perempuan tanpa membawa seorang bayi yang boleh kususu. Demi
Allah, aku benar-benar akan mendatangi anak yatim itu dan membawanya.” Maka suamiku
pun berkata “ada baiknya kalau kamu melakukan perkara tersebut. Semoga sahaja
Allah mendatangkan berkat bagi kita melalui anak itu”.
Aku menemui
pengasuh bayi dan aku bersedia membawanya. Anehnya, ketika aku menggendongnya,
seakan-akan aku tidak rasa letih kerana mendapat beban yang lain. Aku segera
menghampiri haiwan tungganganku. Ketika puting susuku kuhulurkan kepada bayi
itu, dia boleh menyusu sesukanya dan meminum susu sepuas-puasnya. Anak kandungku
sendiri juga boleh meminum susu sepuas-puasnya sehingga kenyang. Setelah itu,
kedua-duanya tertidur nyenyak. Padahal, sebelum itu kami tidak pernah tidur
nyenyak kerana menguruskan bayi kami. Suamiku menghampiri untanya yang sudah
tua, ternyata susnya menjadi penuh sehingga kami boleh memerahnya. Suamiku pun
boleh minum dari unta tersebut, begitu juga aku sehingga kami benar-benar
kenyang. Malam itu adalah malam yang paling indah bagi kami.
“Demi
Allah, tahukah kamu wahai isteriku, dirimu telah mengambil satu jiwa yang penuh
berkat.” Kata suamiku pada keesokan harinya.
“aku pun
mengharapkan demikian”balasku.
Kami bersiap
sedia untuk pulang, aku pun segera menunggang keldaiku. Semua barang-barang
bawaan kami juga kunaikkan bersama diatas belakangnya. Demi Allah, setelah kami
menempuh perjalanan yang cukup jauh, tentulah keldai itu tidak mampu membawa
beban, seperti beban yang ku bawa dibelakangnya. Rakan-rakan ku pun berkata “wahai
puteri abu dzu’aib, celaka kamu, tunggulah kami, bukankah ini keldaimu yang
pernah bersama kita dahulu”, aku menjawab “ya, ini keldaiku yang dulu”, mereka
menjawab “demi Allah, keldaimu itu kini bertambah kuat.”
Kami pun
tiba ditempat tinggal kami dikawasan bani sa’ad. Aku tidak pernah melihat
sepetak tanah pun milik kami yang lebih subur saat itu. Kambing-kambing datang
mengekori kedatangan kami dalam keadaan kenyang dan susunya penuh berisi
sehingga kami boleh memerahnya dan meminumnya. Sementara itu , orang lain yang
memerah air susu haiwannya tidak mendapat apa-apa kerana haiwannya tidak mengeluarkan
susunya walau setitis pun kerana kalenjar susunya kempis, maka mereka pun
melepas haiwan-haiwan ternakan itu seperti yang dilakukan oleh suamiku.
Namun,
kambing-kambing mereka pulang ke rumah tetap dalam keadaan lapar dan tidak
setitis pun mengeluarkan susu. Lain halnya dengan kambing-kambingku yang pulang
dalam keadaan kenyang dan kalenjarnya
penuh berisi. Kami sentiasa mendapat tambahan berkat dan kebaikan dari
Allah selama 2 tahun menyusu anak susuan kami.
Semoga allah
memberikan kita semua keberkatan didalam hidup ini. Aamiin..
Comments
Post a Comment